Rabu, 13 Januari 2010

Bilik Khas Radio Amature

pandangan atas mejaku...
Ini dia Radio yg aku gunakan IC-2200H

Ini adalah salah satu Handdy yg aku gunakan semasa protable IC-V82 icom
Ini adalah bilik khas untuk Radio Amatur Base Stesen ,yang dikendalikan oleh aku
sendiri. Di larang sesiapa yg masuk tanpa kebenaran aku. dan bilik nie sentiase berkunci sepanjang ketiadaan aku di base. di sini juga lah tempat aku melayari internat dan kerja2
seharian aku. dgn adenye bilik ini ,tiada gangguan dr pihak luar mahu pon dalam base sendiri. semasa mengendalikan rangkaian ini ,pintu utama bilik ini sentiasa berkunci dari dalam...
Radionya sentiasa aku on apabila aku berada di rumah sahaja. dan sekiranya aku berada di luar bilik ini,aku akan pastikan yg kebal spiker dari Reg akan bersambung ,dan spikernya di letakkan di luar bilik agar aku dapat mendengar panggilan dari rakan2 . pernah sekali , ketika menonton television cerita menarik, Ada rakan sedang QSO dengan rakan lain .jadi Audio nye mengganggu kosentrasi aku menonton television cerita tu . dgn perasan terganggu aku terpaksa memanjak tangga rumahku utk menutup radio. selepas itu setiap kali aku menonton television cerita menarik ,aku akan offkan Radio aku tu..kalau perlahankan pon tak guna gak. bukan nye aku dengar pon. jadi sekiranya ada rakan2 yg memanggil aku dan tiada terjawab ,jadi lu org pikir la sendiri, bak kata Nabil Raja Lawak.... Bagi Rakan2 yg melalui jalan semeyih ke seremban mengikuti jalan altanatif. boleh la CQ CQ saya di Victor 66 .insyaallah kalau aku ade ,aku akan jawab panggilan rakan yg melalui jalan alternatif semenyih seremban.... sekian..73

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama